Sunday, September 26, 2010

FA atas cermin lama

salam kekawan semua,bersyukur kita kerana dipanjangkan usia dan berpeluang meraikan sekali lagi bulan yang penuh kemuliaan iaitu syawal.Hari Raya tahun ni disambut alakadar kerana ibu mertua saya sedang sakit,betul2 malam raya,dah beberapa kali bawa kehospital tapi X baik2,habby bawa balik ke Penang.saya nampak mata mak kuning sesangat.. ni tak boleh jadi saya ajak hubby bawa mak pegi Xray kat Lam Wah EE.Mak kena tahan kat kat wad,dah seminggu dah..rupa2nya dlm perut mak ada batu kat hempedu banyak juga..dan satu lagi ada kat saluran tu yg mata jadi kuning dia blok cecair.Hari ni 27 sep mak kena bedah..tak tahu la sampai bila saya kena tido kat wad..dah sakit2 badan ni,anak2 pun dah kena cirit birit..sebab makan tak menentu semua main beli je.Ni nak cerita pasal FA pulak..tangan ni punya la gian nak melukis..curi2 masa dapat juga lukis kat cermin lama..biar la hodoh cermin ni pun ingat nak buang..tapi bila dah lukis bunga sayang pulak hehehe

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Maaf Zair Dan Batin


Salam buat semua ,

Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya , kepada semua follower dan rakan Blogger yang mengunjung blog saya..segala salah dan silap dalam penulisan saya..saya menyusun jari sepuloh memohon kemaafan..semoga ... Ramadan yang berbaki ini,, dapat kita meningkatkan amalan kita..apa yang penting Hari Raya Ini ialah...:

1. Menziarahi Kedua Ibu (bapa dua2 dah meninggal)
2. Menziarahi Keluarga
3. Menziarahi Jiran
4. Menghulurkan zakat dan Sedekah.

Akhir kata...Selamat Hari Raya....Maaf Zahir Dan Batin...salam sayang dari saya sekeluarga muahhhhh

Monday, September 6, 2010

Kad Raya

hari ni dapat kad raya dari sweet Decor,terima kasih banyak2 Azleen kerana sudi bagi kad raya untuk akak,mohon maaf jika ada kesalahan dari cara penulisan ..ini kad yang pertama akak terima.Sekali lagi akak ucapkan berbanyak terimakasih


Saturday, September 4, 2010

Trip to Hatyai

Salam semua kawan2 kebetulan baru2 ni cuti nuzul quran,jatuh pada hari jumaat..dapatlah kita bersama keluarga pada cuti yang panjang dan cuti bersambung2,jadi hubby saya mengambil kesepatan pada cuti yang panjang ni, membawa saya dan anak2 pergi berbuka puasa di Hadyai,macam tahun2 yang lepas ,dah jadi macam kemestian pulak,tapi yang tak bestnya tak ada barang2 english...banyak cakap pulak orang dah bawa kena bersyukur la kan.kawan2 hairan kenapa pergi bercuti bulan2 puasa ni,kami dah biasa berbuka puasa kat sana memang best sangat, lain orang lain caranya...ini gambar yang sempat saya upload k,panjang umur kita lagi bye....